Wednesday, 24 October 2012

Syarat-syarat Solat

Assalamualaikum hari ini saya akan paparkan tentang syarat wajib solat.

Syarat-Syarat Solat-
Syarat solat terbahagi kepada ua bahagian iaitu Syarat Wajib dan Syarat Sah Solat.




SYARAT-SYARAT SOLAT
  • Syarat dalam sembahyang terbahagi kepada dua iaitu syarat taklif atau dikenali sebagai syarat wajib dan syarat sah atau tunai.
SYARAT WAJIB SOLAT
  • Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang ke atas seseorang. 
  • Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut:
    1. Beragama Islam.
    2. Baligh.
    3. Berakal.
    4. Suci daripada haidh dan nifas.
    5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan. Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta dan pekak.
    6. Sampai seruan agama Islam. Sembahyang tidak wajib kepada mereka yang tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan pendakwah Islam.


SYARAT SAH SOLAT

  • Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya. 
  • Syarat-syarat sah sebahyang adalah seperti berikut:
    1. Suci daripada hadath kecil dan besar.

    2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.

    3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.
    4. Menutup aurat.
    5. Menghadap ke arah qiblat (Ka‘bah).





No comments:

Post a Comment

Hamster