Saturday, 27 October 2012

Duduk antara dua Sujud

Assalamualaikum murid-murid,hari ini kita akan belajar tentang duduk antara dua sujud iaitu rukun ke-lapan dalam Rukun solat.

Duduk antara dua sujud serta tomakninah.

Duduk antara dua sujud adalah perlakuan yang memisahkan antara dua kali sujud. Tidak sesuai untuk terus berdiri sebelum sujud semula, maka keadaan duduk adalah logik. Adalah sunat untuk duduk iftirasy (iaitu duduk di atas tapak kaki kiri serta menegakkan (atau berdirikan) tapak kaki kanan. Sunat juga meletakkan dua tangan berhampiran lutut serta menjarakkan setiap jari tetapi tidak mengapa untuk meletakkan jari di atas lutut. Perlakuan duduk antara dua sujud ini menjadi makruh jika terlalu lama kerana ia memisahkan perlakuan kedua-dua sujud. Walau bagaimanapun, tama'ninah turut disertakan bagi rukun ini.



Cara-cara duduk antara dua sujud





Kedudukan kaki yang salah semasa duduk antara dua sujud .


Kedudukan kaki yang betul semasa duduk antara dua sujud .




Mari kita sama-sama membaca bacaan ketika duduk antara dua sujud.



Dengarkanlah bacaan ini.




                               

No comments:

Post a Comment

Hamster