Saturday, 27 October 2012

Tertib

Murid-murid, kita akan belajar rukun solat yang terakhir iaitu tertib.Apa yang anda faham tentang tertib?


Tertib

Tertib adalah rukun yang merangkumi keseluruhan rukun solat iaitu memastikan segala perlakuan rukun berada pada turutan yang betul satu demi satu dan yang mana dahulu didahulukan serta yang kemudian dilakukan kemudian, jika tidak solat itu akan terbatal.
Nota: Tertib boleh ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu, mengkemudiankan yang kemudian.

.

Salam


Murid-murid rukun solat yang ke-duabelas ialah memberi salam.

Salam

Ucapan atau lafaz salam adalah sebahagian daripada rukun solat. Sekurang-kurangnya, lafaz salam itu ialah assalamualaikum (السلام عليكم)"- "sejahtera kepada kamu semua") tetapi untuk lebih sempurna, ucapannya ialah assalamualaikum warahmatullah (السلام علبكم ورحمة الله) - "sejahtera kepada kamu semua dan semoga dirahmati Tuhan"). Adalah disunatkan untuk memberi salam sebanyak dua kali dan sunat juga untuk menoleh ke kanan dahulu bagi salam yang pertama dan ke kiri bagi salam yang kedua. Turut disunatkan juga kedua-dua salam itu tidak disekalikan iaitu ada pengasingan antara kedua-duanya.


 Dengarkan video ini.

                       

Selawat keatas nabi dalam tahiyat akhir

Murid-murid rukun solat ke-sebelas ialah membaca selawat keatas nabi Muhammad SAW dalam tahiyat akhir.
Bacaan selawat keatas nabi dalam tahiyat akhir.

             

Dengarkan video ini.

                                   

Duduk Tahiyat Akhir

Assalamualaikum murid-murid,kita akan belajar rukun solat yang keseterusnya iaitu tahiyat akhir ia merupakan rukun solat yang ke-sembilan dan mambaca tahiyat akhir rukun ke sepuluh.

Tahiyat Akhir
Duduk ketika membaca tahiyat akhir adalah jelas bahawa tahiyat akhir hendaklah dibaca ketika keadaan duduk, bukan berdiri. Disunatkan duduk secara tawaruk iaitu duduk dengan menghulurkan kaki kiri ke kanan dan merapatkan punggung ke lantai. Keadaan ini berterusan ketika membaca selawat dan salam.

Murid-murid......perhatikan cara duduk tahiyat akhir yang betul.




Membaca tahiyat akhir

Rukun ini dinamakan tahiyyat (penghormatan) atau tasyahud (penyaksian) kerana bacaan yang dilafazkan terdiri daripada keduanya. Berikut adalah bacaan bersama bahagian tahiyat. Bacaan tersebut hendaklah disambung dengan bacaan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Bacaan tahiyat akhir.




Duduk antara dua Sujud

Assalamualaikum murid-murid,hari ini kita akan belajar tentang duduk antara dua sujud iaitu rukun ke-lapan dalam Rukun solat.

Duduk antara dua sujud serta tomakninah.

Duduk antara dua sujud adalah perlakuan yang memisahkan antara dua kali sujud. Tidak sesuai untuk terus berdiri sebelum sujud semula, maka keadaan duduk adalah logik. Adalah sunat untuk duduk iftirasy (iaitu duduk di atas tapak kaki kiri serta menegakkan (atau berdirikan) tapak kaki kanan. Sunat juga meletakkan dua tangan berhampiran lutut serta menjarakkan setiap jari tetapi tidak mengapa untuk meletakkan jari di atas lutut. Perlakuan duduk antara dua sujud ini menjadi makruh jika terlalu lama kerana ia memisahkan perlakuan kedua-dua sujud. Walau bagaimanapun, tama'ninah turut disertakan bagi rukun ini.



Cara-cara duduk antara dua sujud





Kedudukan kaki yang salah semasa duduk antara dua sujud .


Kedudukan kaki yang betul semasa duduk antara dua sujud .




Mari kita sama-sama membaca bacaan ketika duduk antara dua sujud.



Dengarkanlah bacaan ini.




                               

Hamster