Sunday, 2 December 2012

Mengapa Solat 5 Waktu 17 Rakaat?



Adapun faedah hukum Allah Taala menjadikan rakaat pada sembahyang lima waktu itu tujuh belas rakaat kerana bahawasanya Zohor dan Asar lapan rakaat (kerana pintu syurga itu lapan pintunya). Barangsiapa sembahyang  akan lapan rakaat itu nescaya terbukalah baginya pintu syurga yang lapan itu. Adapun maghrib dan Isyak itu tujuh rakaat (kerana bahawasanya neraka jahanam itu tujuh tingkatnya) (barangsiapa yang menyembahyangkan  akan tujuh rakaat itu maka tertutuplah pintu yang tujuh pangkat neraka itu. Adapun Subuh dua rakaat (kerana bahawasanya hari dan malam itu tempat dosa (dan pahala dan barangsiapa menyembahyangnya jatuhlah ia bagi pahala) (dan barangsiapa meninggalkan akan dia nescaya ia jatuhlah kepada dosa).
1. Sembahyang Zohor (4)dan Asar (4) ==> 8 rakaat 
Sebab pintu syurga ada 8 semuanya. Jadi, apabila seseorang itu menunaikan sembahyang Zohor dan Asar, akan terbukalah pintu-pintu syurga berkenaan (kalau tak.. Ia akan tertutup).
2. Sembahyang Maghrib (3) dan Isyak (4) ==> 7 rakaat 
Sebab neraka jahanam itu ada 7 tingkat. Ini bermakna jika seseorang itu bersembahyang Maghrib dan Isyak, maka pintu untuk setiap tingkat akan tertutup.
3. Subuh (2) ==> 2 rakaat 
Kerana siang dan malam adalah tempat dosa dan pahala. Oleh itu sesiapa yang menunaikan sembahyang subuh maka dia akan memperoleh pahala. Sebaliknya, jika dia meninggalkan sembahyang subuh, maka dia akan terjerumus ke dalam dosa.
Demikianlah faedah mengapa Allah Taala mewajibkan ke atas kita sebanyak 17 rakaat..








No comments:

Post a Comment

Hamster